Religious Overdose - Enough Lah

Posted by Simon Templar On 4 May 2011

Squatting Monkey, Jumping Lembu

Posted by Simon Templar On 7 September 2009

Incompetent PKR; Bungling Pakatan

Posted by Simon Templar On 19 April 2011

I Got Tear Gassed

Posted by Simon Templar On 9 July 2011

Najib The Ponzi Scheme Master

Posted by Simon Templar On 11 December 2009

Utusan Menyalak 'Melayu Dikhianati'... Lagi...

Posted by Simon Templar On Monday, June 01, 2009

Included below is an article, dated 31 May 2009, appearing in every Malaysian's 'favourite' newspaper, Utusan Malaysia. As I am afraid that this nincompoop, Awang Selamat, may not comprehend the English language too well, I've decided to write this posting in Bahasa Melayu. But before that readers, please excuse my 'bahasa karat' as by I've given back my written Bahasa Melayu skills to the education system on the final day of SPM exam years ago.


Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Salah satu kekurangan manusia adalah ketidakbolehan manusia melihat kesilapan sendiri. Ramai yang berpendapat bahawa pemikiran sendiri adalah selalunya benar dan betul walaupun pada hakikatknya, pendapat itu sebenarnya lebih buruk daripada sampah yang dibuangkan ke dalam Sungai Klang.


Pada saya, beginilah orangnya si Awang Selamat ini. Bacalah sahaja ayat pertama tulisannya. "...tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis...". Eh eh eh abang oi... siapa yang rasis di sini? Kalau tak rasis, masakan satu artikel boleh ditulis berasaskan kepentingan orang Melayu, Cina dan India? Mungkin Awang Selamat tidak faham maksudnya perkataan 'rasis' ini?


Isi-isi 'penting' artikel ini (yang sebenarnya tidak penting langsung) merupakan petikan ucapan-ucapan Tun Tan Siew Sin dan Tun VT Sambanthan pada suatu masa dahulu kala. Berkenaan isu pemberian taraf kerakyatan kepada kaum Cina dan India, mengapa tidak dimasukkan sekali bahawa persetujuan kemerdekaan daripada pihak British memerlukan pemberian hak kerakyatan kepada kaum-kaum Cina dan India. Adakah pemberian taraf kerakyatan ini sebenarnya satu 'pengorbanan' kaum Melayu ataupun ia pada hakikatnya satu persetujuan? Tanpa penyelesaian isu kerakyatan ini, kemerdekaan daripada pihak British tidak mungkin akan terjadi. Tetapi, apa yang lebih penting ialah mengapa isu-isu ini dibangkitkan lagi? Apakah salah bahawa kesemua rakyat Malaysia tidak kira kaum, bangsa dan kepercayaan diberikan kepentingan yang sama? Mengapakah rakyat Malaysia masih lagi perlu dibezakan berasaskan warna kulit? Bukankah Malaysia yang kita ada hari ini hasil peluh dan pengorbanan setiap rakyat Malaysia?


Ia jelas bahawa Awang Selamat mahu memperbodohkan pembacanya dengan kata-kata pemimpin-pemimpin kaum-kaum Cina dan India dahulu kala. Pemikiran Awang Selamat ini kotor sekali. Dahulunya bila mula-mula diberi hak kerakyatan, 'kaum pendatang' ini semuanya berterima kasih kerana tiada negara lain yang mahu menerima mereka. Tetapi setelah lama duduk, punggung pula mula gatal dan bermulalah permintaan-permintaan yang 'melampau'. Bukankan ini mesej Awang Selamat kepada pembacanya? Bukankan ini menghasut namanya? Mungkin Awang Selamat tidak takutkan ISA?


Apa jadinya 1Malaysia yang dilaungkan oleh Najib Razak? Bukankah Utusan suara UMNO? Kenapa berlakunya perbezaan ketara sebegini? Ataupun laungan 1Malaysia ini sebenarnya sekadar kata-kata mulut sahaja? Utusan perlu menjawab soalan ini. Apakah pendirian Utusan Malaysia dalam soal 1Malaysia? Mungkin Najib Razak perlu diberitahu pendirian Utusan Malaysia. Umumkanlah pendirian Utusan kepada seluruh Malaysia kerana berasaskan tulisan 'Melayu Dikhianati' ini, laungan 1Malaysia tidak membawa sebarang makna dan erti kepada editor-editor di Utusan Malaysia.


---------- ---------- ----------


Melayu dikhianati?


Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.


''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.


Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.


Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?


"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?


-Awang Selamat

5 Response to "Utusan Menyalak 'Melayu Dikhianati'... Lagi..."

  1. Da Maniac Said,

    Well said Simon. Zaid Ibrahim also wrote about Awang Selamat's unfounded article.

    Awang Selamat is trying to stir some sh*t as per what the UMNO people wants in order to 'unify' the Malays. Racist? We'll he don't need to write about racist... all he needs to do is for him to look in the mirror and also re-read his own article.

     

  2. eh maniac, kenapa tak tulis dalam bahasa melayu? awang mungkin tak faham nanti.

     

  3. Da Maniac Said,

    Simon: If he doesn't understand, too bad. Not expecting him to anyways. His head is filled with hatred towards others of different skin colour and arrogance that he is a son of the soil.

    If Awang only knew that nobody had a choice of what race they are born into. It's not my bloody fault that I'm born into that category of race that he hates so much.

     

  4. this is all DPM has to say. what else do you expect anyway?


    Just a slap on the wrist for Utusan from DPM
    By Asrul Hadi Abdullah Sani

    PETALING JAYA, June 2 - Tan Sri Muhyiddin Yassin issued a mild rebuke today against Utusan Malaysia for calling non-Malays immigrants, urging the Umno-owned newspaper to instead show greater respect and understanding toward all races in the country.

    The deputy prime minister was commenting on an article published last weekend by the Sunday edition of Utusan Malaysia, Mingguan Malaysian. The column by Awang Selamat referred to non-Malays as “Kaum Pendatang” or immigrants, and also asked if the sacrifice of Malays has been betrayed by non-Malays.

    “You have to respect the position of every race in the country. Those who have been accorded proper citizenship, irrespective whether they are Malay, Chinese or Indians, is provided for in the law and constitution. So, whoever it is, I do hope that there has to be better understanding, whether or not it is Utusan,” he said.

    The article made reference to the rights of citizenship given to non-Malays before independence, comparing Malaysia to other countries which according to the weekly had rejected their immigrant communities.

    The article also quoted former MIC president Tun V.T Sambanthan as comparing Malaysia to Burma, where the Indian community had been forced out.

    Muhyiddin pointed out that such articles are irresponsible and goes against the government’s 1Malaysia concept. He said that it is important that the media should preserve a good sense of judgment.

    “We are talking about Malaysians of all races working together in unity. That is very important because we do not want to create unnecessary problems among ourselves. We must treasure the good relations that we have developed among each other and we must continue respecting each other,” he added.

    Utusan Malaysia had over the past week ratcheted up racial tensions by running daily stories criticising calls to allow former communist leader Chin Peng to return to Malaysia, linking it to what the newspaper says are moves to question Malay rights.

     

  5. Do I owe you anything, Encik Awang?

    In an article entitled The Malays are betrayed published on Utusan Malaysia recently, Awang Selamat said Chinese Malaysians were immigrants, and were indebted to the Malays.

    By TAY TIAN YAN/Translated by DOMINIC LOH/Sin Chew Daily


    I do not know who Awang Selamat is, but he keeps haunting me, claiming that I've owed him something!

    Other than banks, I don't think I have owed anyone anything.

    All the things I've had, from the birth certificate when I was born, to the car I bought at the age of 22, and my house at 30... have all been acquired in a clean way, including my self respect.

    Moreover, because I do not know Awang Selamat at all, as I said earlier, how could I possibly owe him anything?

    But in an article entitled The Malays are betrayed published on Utusan Malaysia recently, Awang Selamat said Chinese Malaysians were immigrants, and were indebted to the Malays.

    I am a Chinese Malaysian, one in the six million. He said the Chinese owed this and owed that, and as a Chinese, I can't help but ask: "What have I owed you?"

    Some more, I am not an immigrant. My birth cert and IC, along with all the documents of my assets point to the fact that I am a rightful Malaysian citizen.

    The Constitution protects my status, my rights as well as my properties. If I've done anything against the laws, I will be bound by the Malaysian laws, like anyone else.

    Of course, I can say proudly that I have paid my income tax and owes not a cent.

    Moreover, I have never betrayed my Malay friends. We treat one another sincerely and fairly.

    When my old friend Ghaffar buys me teh tarik, I'll get him nasi lemak in return, even though nasi lemak is twenty cents more expensive than teh tarik.

    But that's not because I feel I'm indebted to him; neither do I think he's trying to take advantage of me!

    Right, Awang said Chinese Malaysians were getting more and more demanding, and racist, after the general elections last March.

    What demands, or should I say what excessive demands, have the Chinese voiced up?

    Scholarships? Land titles? Chinese primary schools? Democracy? Equality?

    All I know is that these are reasonable requests from each and every citizen. As long as they are eligible, they should possess them.

    It has nothing to do with race.

    If we are denied of these things because of skin colour, then we must fight for them. This is not racism either.

    Although I have no idea who Awang is, I know he is hiding under the protective net of Utusan Malaysia.

    He may be an individual, or a group of individuals. And he may have his own hidden agendas for his displeasure with Chinese Malaysians.

    A lawyer friend told me, it was an act of sedition just to brand ethnic Chinese Malaysians as immigrants, and that the police should probe the incident.
    Or perhaps there should be someone making a police report, in particular those who claim they represent the six million Chinese Malaysians.

     

Post a Comment

    Raykat vs The Evil Regime